Friday, August 18, 2017

Antara ABC dan sikat rambut

ANTARA ABC _DAN SIKAT RAMBUT_

Mana satu keutamaan untuk mengajar anak dahulu?🙄

KEMAHIRAN MENGAJAR FUNGSI BENDA

Ini sikat
Cuba pegang, rasa apa dekat sikat ni?
Tajam tak?

Nak tak mama ajar bagaimana mahu sikat rambut?

Jom panjat kerusi, cermin tinggi.
Eh ada siapa dalam cermin?

KEMAHIRAN MENGAJAR _SEBAB AKIBAT_

Cermin ni kaca.
Cuba pegang.
Boleh tengok sahaja tau.
Tengok guna tangan atau mata?
Mata👀

Kalau jatuh cermin ni, pecah, kena kaki, kaki darah.
Boleh tak main goyang-goyang cermin.
Tak boleh kan?❌

Nak ke kalau cermin jatuh, timpa kaki nanti bawa jumpa doktor?

situasi
(Perbualan seiringkan dengan usia. Anak di depan cermin ini sudah 3 tahun 4 bulan).

Tadi baru ajar gosok gigi, selama ini memang dia gigit berus tu.
❌tak pernah ajar betul-betul.  Jururawat Pergigian datang ke ajr😂 bukan main lama sebenarnya nak ajar gosok gigi
. Sampai nak termuntah-muntah anak.

Itu yang kat rumah sepatutnya ajar 1 demi satu, ikut kadar pertumbuhan gigi. Barulah mudah.

Ini nak sumbat ajar semua dalam satu masa, 'stress' la bila tak jadi.

budak pula, bila suruh buka mulut, buka mulut dan ketip gigi.

Bila berus

Nampaknya kena berlatih.

Buka mulut, ketip gigi.

Ini gigi penuh baru nak ajar.
Patut dah ajar sejak ada gigi.

1. Dah mula tumbuh gigi, bagi anak pegang gigi dan rasa

2. Dah ada beberapa gigi, ajak beli berus gigi

3. Ajar buka mulut
4. Ajar ketip gigi
5. Ajarlah gosok gigi yang mana ada dulu

6. Bila anak dah mula pandai meludah, baru ajarkan guna ubat gigi.✅

Patutlah mama jadi singa, anak main air lama sangat dalam tandas. Suruh gosok gigi, dia baling berus dalam tong air😬

biasa .......

No comments: