👨👩👧👦 ibubapa yang TERLALU memahami anak anda.
Bagaimana pula ini dikatakan sebagai cabaran?
Anda dah biasakan dia dengan rutin harian, anda dah faham isyarat dia dan tingkah lakunya
. Anak tarik tangan anda ke botol susu, secara automatik anda pun buat susu, bg dia susu. Senyap…😐
Anak tarik tangan minta buka laci, anda pun automatik buka laci, ambil biskut, bagi dia sekeping. Senyap….😑
Nampak tak? Kerana terlalu memahami, anda lakukan segalanya secara spontan.
Sedangkan seharusnya ada ruang interaksi di setiap cubaan anak untuk mendapatkan perhatian ibubapa.
“Dah jenuh dah saya ajar dia ‘SUSU! SUSU! tapi dia tak ikut sebut pun.”❌
cabaran berikutnya iaitu ibubapa meletakkan jangkaan yang tidak setaraf dengan tahap anak.
Jika benar anda memahami tahap anak, adakah dia berada pada tahap meniru sebutan? Atau baru peringkat isyarat bukan verbal (eye contact + hand gestures).
Dengan memahami tahap sebenar kebolehan anak, maka latih tangga yang atas sedikit saja. Contohnya (eye contact + hand gestures + angguk kepala) sebagai isyarat ‘nak’.
Sebagai ibubapa yang boleh bercakap, memanglah anda kena sebut ‘nak’ dekat anak, tapi anda tak perlu expect untuk dia boleh sebut lagi.
Kalau dia nak angguk kepala tu pun dah dikira progress dah. 👍🏽
Kesimpulannya, pastikan ibubapa ada
1) Target
2) Persiapan bahan mengajar
3) Persiapan ganjaran
4) Peka pada peluang interaksi
5) Membuat jangkaan yang realistik
No comments:
Post a Comment