Wednesday, August 23, 2017

Warna dan anak kecil

COLOR 💜💙💚💛❤ 💚💛💜💙❤

Ramai antara kita yang lihat mengenal warna dalam kalangan kanak-kanak adalah perkara biasa.

Sebenarnya mengenal warna adalah salah satu perkara yang sangat penting dalam sub perkembangan kognitif kanak2.

Kenapa sangat penting?
Ya, sebab dalam proses mengenal warna ada peringkat2nya.

Bukan terus pandai mengenal dan boleh menyebut nama warna tersebut. Jika kita buat mengikut peringkat yang betul, barulah anak2 tidak berasa seolah-olah tertekan dan sukar menerima.

Jom kita tengok peringkat2 tersebut :

Stage 1 - sort colors.💜
Kanak2 yang berumur 2 tahun, sudah boleh sorting colours, iaitu pandai membezakan warna benda dan mengasingkan benda tersebut mengikut kumpulan warna yang sama.

Contohnya - 20 biji butang baju yang berlainan warna (merah,hijau,kuning,biru) diletakkan bersama di dalam 1 bekas, kemudian minta anak untuk asingkan butang tersebut mengikut warna. Jangan lupa untuk tunjukkan contoh dekat anak ya.
Jadi, jika dia boleh lakukan bermakna dia lulus peringkat pertama.

Stage 2 - matching colors.💙
Peringkat "match colors" sepatutnya sudah dikuasai oleh kanak2 berumur 3 tahun. Keupayaan untuk suaikan dua benda yang berlainan tetapi mempunyai warna yang sama.

Contoh situasi -

Anak sedang bermain lego/block yang berwarna-warni, Kita tanya anak - "Amar tunjukkan lego mana yang sama warna dengan tudung ibu" . Sambil tunjuk tudung kita yang berwarna kuning. Kemudian, Amar respon dengan mengambil lego berwarna kuning. Jadi, Amar boleh suaikan warna lego dengan warna tudung, iaitu kuning .💛

Harus ingat bahawa peringkat ini, kanak2 belum pandai menamakan warna.

Stage 3 - identify colors.
Peringkat ini kanak2 berumur 4-5 tahun sudah boleh kuasai kemahiran identify colors.
*identify colors* menunjukkan kanak2 sudah tahu itu warna apa tetapi dia belum boleh untuk menamakan warna. 

Contoh situasi - anak sedang bermain lego, kita tanya anak "Alisha, bagi ibu lego warna merah". Kemudian, Alisha ambil lego warna merah dan bagi pada ibu. Selepas beberapa minit kita tanya anak,  "Alisha, lego ini warna apa?" . Alisha tidak dapat beri jawapan.
Ini bermakna, Alisha masih di tahap IDENTIFY COLOR.

Stage 4 - naming the colors💚
Ini adalah peringkat terakhir dalam COLOR RECOGNITION.
Jika anak ditahap ini, baru kita boleh cakap anak kita sudah kenal warna. Dia boleh jawab pertanyaan kita , "kerusi itu warna hijau"

Selalunya umur 5-6 tahun kanak2 sudah berjaya ditahap ini. Bergantung kepada tahap perkembangan mereka dan pendedahan warna kepada mereka.

Jadi, cuba kita uji anak masing2 (lingkungan umur 2-6 tahun) anak anda sudah berada di tahap mana..? Jika mereka belum dapat peringkat yang sepatutnya, jangan risau

Mula praktis dari sekarang bermula dari peringkat yang belum boleh dicapainya.

×warna warni kehidupan×××××

No comments: