Tuesday, August 22, 2017

Latih amak cakap bukan paksa

Latih Anak Cakap bukan Paksa  Cakap💭

Melatih anak bercakap ialah melatih interaksi 2 hala bersama anak.

Komunikasi yang melibatkan keinginan atau menolak sesuatu.

Contohnya, bila anak nak mainan, kita ajar anak sebut, “Nak belon? oo….adik nak belon. Nak belon ni? Ok ok, adik nak belon besar ni.”
TEKAN KAN NADA PERKATAAN🛑

Tapi selalunya, apa yang berlaku ialah, “Nak apa? Cakap dulu, baru mama bagi. Sebut, BELON! Kata la…belon. Nak tak?
Tengok mulut mama sebut, be…ikut mama, be….”

Sesi latihan mengajar anak bercakap jadi seperti dipaksa-paksa dan tak seronok dah untuk anak tersebut.

Kanak-kanak tak suka dipaksa dan ibubapa juga akhirnya jadi letih memaksa.

Kesudahannya anak tak minat menyebut perkataan dan tak suka berlatih dengan ibubapa kerana sering dipaksa.

😐Ibubapa pula jadi stress, naik geram dan cepat putus asa.

Berbalik pada komunikasi, pastikan latihan itu sesuatu yang bermakna. Jika anda kata belon, maka memang benar ada belonnya.

Jika melatih sebut nama haiwan, maka memang ada gambarnya.

No comments: