[ALERT] Kesan Tablet & Telefon Pintar Kepada Perkembangan Skil Pertuturan Bayi
----------------------------------------------
Terkini, penyelidik telah berjaya membuktikan kesan langsung akibat penggunaan tablet/ telefon pintar kepada perkembangan kanak kanak.
Menerusi kajian tersebut, pengkaji mendapati kanak kanak kurang 2 tahun yang di dedahkan kepada gadget tersebut akan mengalami masalah perkembangan pertuturan.
Penyelidik dari University of Toronto mendapati bagi setiap 30 minit masa di luangkan oleh kanak kanak kepada skrin, ia akan meningkatkan risiko masalah perkembangan pertuturan sebanyak 49 peratus.
Walaupun garis panduan mencadangkan mengehadkan masa skrin untuk bayi dan kanak-kanak telah dikongsikan kepada masyarakat, masih ramai ibu bapa yang memberikan tablet kepada kanak kanak kecil dan di gunakan tanpa kawalan dan had.
Kajian ini melibatkan hampir 900 kanak-kanak berusia antara enam bulan dan dua tahun dan telah dibentangkan di San Francisco.
Selain itu, satu kajian oleh University College London mendapati bahawa pendedahan kepada skrin juga boleh memberi kesan kepada waktu tidur bayi, dan mungkin membahayakan perkembangan otak.
Para penyelidik percaya bahawa cahaya biru daripada skrin boleh mempengaruhi perkembangan otak dan mengganggu irama circadian manakala rangsangan yang disebabkan oleh kandungan permainan atau program boleh menyebabkan rangsangan psikologi dan fisiologi.
Berikut merupakan Panduan Pendedahan Media Digital/Gadget Kepada Kanak Kanak yang pernah di kongsikan oleh PHM
https://www.facebook.com/publichealthmalaysia/photos/a.1712358955720636.1073741828.1712327752390423/1866019863687877/?type=3&theater
Rujukan
http://www.telegraph.co.uk/science/2017/05/04/tablets-smartphones-damage-toddlers-speech-development/?WT.mc_id=tmgoff_fb_tmg
No comments:
Post a Comment