Friday, August 18, 2017

Ibu bapa menjadi terapis

*TIDAK MUSTAHiL*

Sebenarnya tidak mustahil untuk ibubapa menjadi terapis.

Sama juga tidak mustahil untuk ibubapa ajar sendiri anak membaca/mengaji.

Kunci utama🔍 ialah

bagaimana memahami
_daya tumpuan anak dan mengawal tingkahlaku anak_

Jika ibubapa faham

maka tidak ada isu naik panas baran.😡

Sebab ibubapa faham bahawa tumpuannya terhad pada apa yang dia lihat, pegang dan minat saja.


Untuk *mengawal tingkahlaku*



ibubapa mesti bersedia dengan
⭕target serta 💫ganjarannya.

Selalu yang berlaku, ibubapa hanya fikir target.

Tapi tidak bersedia dengan sebarang ganjaran.

Lepas tu,

tidak konsisten pula.🙁

(Catit la skit,buat la skit nota &jadual)

Hujung minggu saja anda ajak anak belek buku.
Memanglah dia tak suka.

Tapi cuba _kalau hari-hari dia memang kena tengok paling kurang 1 buku_

Maka aktiviti itu ditanam sebagai rutin setiap kali selepas makan malam, contohnya.

Jika kanak-kanak umur 4 tahun ke atas
lebih mudah untuk kita ajak dia tumpu pada apa yang kita mahu.

Tapi jika bawah 4 tahun
(2-4tahun👫)
dia akan tumpu pada yang dia suka.

Maka ibubapa kena bijak untuk gunakan benda yang dia suka

(contohnya koleksi kereta) untuk ajar apa yang anda target (contohnya kata tempat :atas, bawah, depan belakang)

Ni....kita tgok dari jauh jerrr....pastu beli byk kereta sb tahu kje anknye..susun memanjang jerrr🚙🚕🚗🚙🚙🚙

(Xcuba tukar rutin,cuba lah dlu)

Kanak-kanak memang kerjanya main saja.

Jadi ibubapa kena ajar anak dalam suasana bermain.😉

Tapi✖ bukan main-main saja-saja.

Ini yang selalu berlaku.

Ibubapa pula terlebih over bermain.
📝Tiada target mengajar.

Contohnya jika anak suka main susun puzzle (kes autisme), maka ibubapa kena target untuk latih giliran dan eye contact.

◼Ini penting supaya anak faham interaksi 2 hala.

Contoh lain jika anak suka main masak-masak, maka ibubapa kena set target

apa perkataan yang anda nak ajar dalam aktiviti tersebut? kata kerja : tuang, kacau, masak, buka, tutup, potong, letak. Atau kata sifat : panas, pedas, sedap, masam, manis.

(Fun ,no stress.....)

No comments: