Saturday, August 12, 2017

Cara ibubapa bercakap dengan anak

💭ibubapa memang bercakap dengan anak.

Ajak makan, suruh mandi, suruh ambilkan barang, cakap dalam kereta dan sebagainya.

Namun anak tetap tak bercakap seperti yang diharapkan.

📝ada beberapa perkara yang ramai ibubapa buat tanpa mereka sedar.

Perbuatan itu tidaklah menyebabkan speech delay, tetapi ia tidak membantu anak progress dan lebih menerukkan keadaan.

1) Ibubapa bercakap laju dengan ayat yang panjang.

Anak tu baru nak cakap sepatah-sepatah. Terkelip-kelip anak memandang ibunya….dia faham, tapi tak mampu nak ikut seperti ibunya bercakap.

2) Ibubapa beli buku dan mainan.

Tapi tak duduk bersama anak. Tak duduk baca bersama. Tak duduk main bersama. Akhirnya buku habis dikoyak, mainan rosak bersepah.😥

3) Ibubapa melakukan rutin harian secara pantas dan segalanya mestilah cepat selesai.

Peluang untuk anak berkomunikasi menjadi tipis kerana memang _tak sempat nak cakap apa-apa_

4) Ibubapa menjadi hilang fokus apabila ada anak lain yang lebih kecil atau anak lain yang memerlukan perhatian kerana bakal menduduki peperiksaan besar.

5) Ibubapa membiarkan mulut anak bersumbat puting sepanjang hari.

6) Ibubapa lebih menekankan kepada anak tentang kemahiran membaca dan menulis berbanding kemahiran bermain.

7) Ibubapa terlalu ingin sempurna dan tak sanggup melihat anak makan tumpah, rumah bersepah dengan mainan anak atau buku terlipat / terkoyak / terconteng.

Jadi apa yang ibubapa boleh usaha lakukan untuk bantu anak supaya lebih cepat progress?

🔴Bermula dengan perubahan dari dalam diri ibubapa tu sendiri dahulu.

Ibubapa mesti benar-benar BERSEDIA untuk terlibat secara langsung dan BERUBAH demi anak.

Ibubapa yang lebih cepat berubah, anaknya lebih cepat progress.

Ibubapa yang terlalu banyak complain “anak saya tak cakap lagi….anak saya tak boleh A, tak boleh B, tak boleh tak boleh tak boleh tak boleh……..” yang jenis begini selalunya memang agak sukar untuk progress.

___________________

Lihat dari segi potensi anak untuk progress.

🚩Hargai dan raikan walau sekecil-kecil progress

Itukan progress?

No comments: