Bahasa jerman, Bahasa jepun, Bahasa Perancis... Tak tau lah anak cakap apa...
.
.
Ramai x parents2 kat sini menghadapi masalah ni.. anak cakap bahasa sendiri.. bunyi mcm berckp tapi x faham dia ckp apa...
.
Ok macam ni sebenarnya..
Kanak2 yg belajar berckap mmg biasanya akan buat bahasa sendiri yg mana kita kenalinya sebagai jargon.. ini terjadi disebabkn oleh mereka cuba meniru utk brckp seperti org dewasa TETAPI mereka mempunyai VOCAB YG SEDIKIT utk berckp seperti kita... atau pun memori mereka masih lg belum mampu utk menangkap ayat panjang yg kita ckpkan
.
Contoh:
Ibu: jom jom kita ambik kereta ni letak kat atas jalan tu
Anak: bdudy dkfhe jdhdh djdh kete jdhdnn jdh
Anak mmg dengar apa yg disebut.. tapi mereka x faham dan x mampu nk tangkap setiap patah perkataan yg kita sebut.. tambah2 bagi anak2 yg masih kecil atau yg mempunyai masalah delay...
.
Jargon ni sbnrnya normal jika dilakukan oleh kanak2 bawah 3 tahun.. tp selepas 3 thn masih lg ada jargon, perlu check lah ya.. sbb takut mmg ada language delay..
.
.
JADI CAMNE NAK BUAT???
Ada bbrp cara utk mengurangkan jargon ini.. antaranya spt:
✅ Terjemah.. terjemah.. terjemah..
kalau anak sebut sesuatu guna bahasa sendiri.. kita terjemahkan bahasa tersebut kpd bahasa bermakna.. tapi terjemahan tersebut perlu lah sesuai dengan situasi pd masa itu
Cth: anak pegang kete dan sebut.. bdud kdhdh
Kita blh terjemahkan spt.. ooo kereta.. kereta jalan etc.. (yg sesuai pd masa tu)
✅ Guna bahasa yg pendek n mudah
Bila bahasa pendek2 lbh senang utk anak pick up apa yg kita sebut..
Guna ayat 1-3 patah perkataan je dah cukup.. x perlu panjang2
✅ Tingkatkan kosa kata anak
Bila kosa kata / vocab anak meningkat, barulah mereka blh masukkn perkataan yg betul dalam ayat.. jadi jargon tu akan berkurang..
.
.
Ps: kadang2 tgk kartun yg ckp pnjng2 kt tv tu pun blh sebabkan jargon jugak... 😊
.
.
📝
No comments:
Post a Comment