JALAN MENJINGKIT
Ramai anak-anak kecil jalan berjingkit atau tip-toe walking. Tapi kalau usia anak dah lebih 3 tahun dan masih berjingkit atau baru mula jalan menjingkit, ia mungkin tanda kepada masalah otak dan saraf (neuro) dan perlu diberikan perhatian. Dapatkan nasihat terapis atau doktor samada anak anda perlu berjumpa pakar perkembangan kanak-kanak untuk ujian lanjut.
Ramai anak-anak autisme jalan menjingkit disebabkan masalah memproses sensori. Mereka mungkin merasa tidak selesa dengan kasut atau stokin atau permukaan yang dipijak, samada sejuk, panas, tak rata, geli dan sebagainya.
Sementara mendapatkan nasihat pakar, berikut adalah 12 TIPS untuk membantu anak anda berjalan dengan betul:
1) Ajar anak namakan bahagian badan / body parts dan arahkan mereka untuk berjalan di atas tumit.
2) Bila anak jalan menjingkit, tepuk kedua bahunya sambil mengingatkan dia untuk jalan dengan baik dengan menurunkan tumit.
3) Ajak anak berjalan naik bukit (lihat video) untuk membiasakan anak menjatuhkan tumit.
4) Lompat atas mini trampoline dan ajarkan anak cara untuk melompat dengan tumit ke bawah
5) Urut dan regangkan ligamen, urat dan otot betis. Lebih lama anak anda jalan menjingkit, semakin tegang otot dan urat betis dan makin sukar untuk dipulihkan secara manual.
6) Pakaikan kasut yang berat biarpun di dalam rumah jika perlu. Cuba kasut yang ada extra support untuk keselesaan.
7) Cuba pelbagai jenis stokin - yang tebal, yang nipis, yang tiada jahitan (seemless) atau terbalikkan untuk mengelakkan ransangan sensori yang berlebihan.
8) Untuk anak-anak kecil, pakaikan kasut yang ada bunyi bila dipijak dengan betul. Sorak bila dia berjaya berjalan sambil menghasilkan bunyi.
9) Kawad atau marching on the spot.
10) Berjalan atas permukaan yang tak rata macam atas pasir atau di taman atau padang.
11) Tunjukkan cara berjalan atas tumit sambil mengangkat kesemua jari kaki sebagai latihan harian.
12) Squats - sambil-sambil tu kita pun boleh exercise sekali!
Walau apa pun punca anak anda jalan menjingkit, lebih lama dia menjingkit, otot dan urat kaki semakin kejang dan pendek dan mungkin memerlukan pembedahan untuk diperbetulkan. Jadi jangan berlengah dan bertindaklah secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment